KAMI Pahang Gig Cancelled

31st July 2008


Pengumuman Pembatalan Konsert ‘KAMI THE GIG’ di Kuantan

Petaling Jaya Selangor. 30 Julai 2008: Untuk perhatian semua peminat Konsert `KAMI THE GIG’, Konsert ke-5 `KAMI THE GIG’ yang bakal berlangsung pada Ahad ini, 3hb Ogos 2008 bertempat di Dataran Indera Mahkota, Kuantan terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Pihak Monkey Bone memohon ribuan ampun dan maaf di atas pembatalan yang tidak dapat dielakkan. Pihak Monkey Bone telah diarahkan untuk menghentikan persiapan Konsert bermula hari ini oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Konsert terbesar yang menggabungkan pemuzik-pemuzik indie anjuran Monkey Bone, ini telah pun masuk ke tahun kedua. Manakala pada tahun ini Konsert `KAMI THE GIG’ telah ditaja oleh HOTLINK, syarikat telekomunikasi pra-bayar no. 1 di Malaysia.
Konsert ‘KAMI THE GIG’ 2008 telahpun melepasi 4 bandaraya besar iaitu Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Penang yang mana telah berjaya menarik lebih dari 10,000 kunjungan peminat muzik indie dari dalam & luar negara.

Konsert ‘KAMI THE GIG’ yang dijadualkan Ahad ini membariskan pemuzik indie ternama seperti Bittersweet, Couple, The Times, Meet Uncle Hussein, Love Me Butch dan beberapa lagi kumpulan lain.

Walau bagaimanapun, Konsert bergerak percuma ini akan meneruskan sesi penjelajahan seterusnya di Kuala Lumpur pada 9hb Ogos, Sabtu, bertempat di Ruums, Life Centre, jam 3.00pm. Pihak Monkey Bone berharap peminat-peminat muzik indie di Kuantan dapat melepaskan rindu mereka dengan menghadirkan diri di konsert 9hb Ogos ini.

posted by Monkey Bone Records
2 comments |  Click here to subscribe to our RSS feed

Read 'em comments:

"kenaper leh jadi camni???kitorang nak penjelasan yang paling munasabah.....mpk kuantan memalukan orang kuantan je....."
By Anonymous Anonymous, at August 3, 2008 10:36 AM  

"bila nak buat kat kuching sarawak? baru lah syok sikit:)"
By Anonymous Anonymous, at August 27, 2008 10:28 PM  

Write a comment here
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------